12 December 2010

UCAPAN DASAR PERASMIAN MESYUARAT LUARBIASA USUL PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA & AKAUN KESATUAN
OLEH PRESIDEN KESATUAN PADA 11HB. DIS 2010 DI KOTA BAHARU, KELANTAN.

TnHJ Noh Bin Awang Noh TP KJTP,En.Asri PSU,Hj Salim, Bendahari Kehormat, En Zulraiman, En Nur Ruslan, En Sanadi dan Hj Mustofa.Tuan2 dan Puan sekelian
Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayahNya kita dapat berkumpul bersama-sama dalam dewan pada hari ini.. Tidak lama lagi kita akan meninggalkan 2010 ia akan jadi dalam lipatan sejarah. Kita juga bersyukur kerana kita masih lagi sihat dan mampu menggalas tugasan yang diamanahkan.Kita juga bersyukur kerana semua usaha yang dirancang dari 2009 lalu dan pada tahun 2010 telah dijelmakan kepada realiti.
Mahu atau tidak kita perlu kembali kepada sejarah kerana sejarah mengajar kita tentang mensyukuri kejayaan, sejarah mengajar kita memahami kegagalan dan sejarah menjadikan kita lebih dewasa untuk menyelesaikan masalah. Apabila mendepani masalah atau kekangan perkara utama yang mesti dilakukan ialah menyelesaikan masalah bu kan menyesali masalah. Pemimpin yang berketrampilan akan melihat kegagalan sebagai tanda kejayaan dan melihat masalah sebagai satu lagi peluang. Tiada kesempurnaan tanpa kepincangan dan kepincangan tidak akan wujud jika sesuatu itu dirancang dan dilaksana dengan bijak.
Kita sering dengar suara2 sumbang yang jumud akal fikiran sering memperlekeh kesatuan, pemimpin dan kepimpinannya. Alhamdulillah setakat ini kita masih bergerak diatas landasan yang benar dan mengikut aspirasi yang telah gahrap dan dirancang.
Kronologi perjuangan yang dipaparkan itu adalah sebagai bukti bahawa exco baru ini tidak mencanangkan sesuatu yang tidak benar . Ini adalalah minit2 mesyuarat yang diadakan di peringkat KKM. Kalau ada diantara tuan2 dan puan 2 yang sangsi boleh semak apa ada dalam fail ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mrngucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Sidang Redaksi atas ketekunan dan kegigihan mereka menerbitkan bulletin yang di dalamnya terkandung banyak pengisian yang boleh dimanafaaatkan. Sesungguhnya , komitmen dan iltizam para exco yang dedikasi telah berjaya menghasilkan bulletin yang amat bermakna kepada setiap warga JTMP . Kita berasa bangga dengan pencapaian yang diperoleh setakat ini dan mencuba untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang . “Orang bijak tidak cepat puas hati dan kewujudan buletin seumpama ini akan menjadi perintis kepada lebih banyak usaha penulisan di masa akan datang; yang mana ia menjadi medium wahana dalam menyampaikan segala informasi terkini.

Insya'Allah sudah sampai masanya kita akan bergerak lebih aggresif lagi untuk memartabatkan profesion. Untuk itu tuan-tuan dan puan-puan adalah sebahagian daripada perjalanan ke arah transformasi bersama.

Akhirnya kita berharap harapan saya akan menjadi harapan tuan-tuan dan puan-puan Kita berharap cita-cita kita menjadi cita-cita tuan-tuan. Gagasan kita menjadi gagasan tuan-tuan dan puan-puan . Jangan biarkan kitai bersendirian
mengharungi dengan kepayahan. Jangan biarkan kita bersendiri memasang impian. Kalau usaha kita melambung ke langit mari kita sama-sama jadikan bintang, jika bertaburan di udara kita sama-sama jadikan kerlipan, jika jatuh ke bumi sama-sama mencanai menjadi intan.

Akhir kalam, adalah diharapkan secara kolaboratif semua ahli dan yang belum jadi ahli akan dapat merealisasikan visi dan misi . Keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan pasti akan menjamin kecemerlangan .
“Kunci kejayaan adalah terletak pada cara pemikiran anda” –Norman Vincent Peale—
Tidak lupa juga kepada pembentang kertas kerja dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran persidangan pada kali ini.
 
Diharap para peserta mendapat manfaat terbaik sepanjang persidangan dan semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada persidangan akan datang dengan ilmu dan idea baru untuk dikongsi sewajarnya.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


(KHAIRUL ADNAN BIN ABDULLAH)
PRESIDEN KESATUAN JTMP 2009-11

No comments: