24 February 2010


DI Bawah Undang-Undang malaysia,Akta 674, AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

 


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM1 bilion
dalam pembangunan sumber manusia untuk tempoh sehingga 2010, termasuk 
menambahjumlah pakar perubatan dan doktor, termasuk melatih kakitangan 
sokongan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Latiff Ahmad, berkata sehingga kini RM300 

juta sudah disalurkan untuk tujuan itu, termasuk menambah jumlah pegawai 
perubatan melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran masing-masing 
daripada 400 orang setahun kepada 600.

Ini sebahagian langkah kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengatasi masalah kekurangan
pakar dan doktor di negara ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan 
Isu Peraturan Berkaitan Makmal Perubatan di sini, semalam.
Mengenai Akta Patologi 2007 yang diluluskan Parlimen tahun lalu, 

Dr Latiff berkata, ia dijangka berkuat kuasa tahun depan apabila semua
makmal patologi diwajibkan untuk memperoleh lesen dan berdaftar dengan 
Kementerian Kesihatan bagi menyelaraskan kadar bayaran serta 
memudahkan pemantauan operasi dan perkhidmatan yang disediakan.

Kita juga akan mewajibkan hanya doktor perubatan atau doktor gigi

boleh membuka makmal patologi, manakala bagi syarikat dan perkongsian, 
sekurang-kurangnya seorang rakan niaga adalah doktor,” katanya.

Beliau berkata, menerusi akta itu, pemilik makmal patologi individu yang 

gagal memperoleh lesen boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara 
sehingga 10 tahun. Bagaimanapun, katanya semua makmal patologi sedia 
ada diberi enam bulan bagi memenuhi semua kriteria yang termaktub dalam
akta it
Dr Latiff berkata, kementerian juga diberi kuasa untuk memasuki premis, 
menyiasat, menyita selain mengenakan penalti kepada mana-mana operator 
makmal patologi yang mengingkari peraturan yang ditetapkan.

Kita juga menambah 60 pegawai penguat kuasa supaya aspek penguatkuasaan

dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya.
Berita Harian-Nasional (17.01.2008)