07 December 2010

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PERKHIDMATAN AWAM PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 14 TAHUN 2010

 Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin.

Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service).

Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan. Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Berkuatkuasa 15 Oktober 2010

Sumber  disini

No comments: