Showing posts with label mlt. Show all posts
Showing posts with label mlt. Show all posts

01 February 2012

CUEPACS TETAP ENGGAN SERTAI PANEL SEMAK SBPA

 

KUALA LUMPUR: CUEPACS tetap dengan pendiriannya tidak menyertai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan untuk menganggotai pasukan itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman, menegaskan tindakan CUEPACS tidak sepatutnya dilihat sebagai mengugut, sebaliknya menunjukkan pihaknya amat serius untuk memberi input dalam membincangkan penambahbaikan SBPA. “Saya akan hadir mesyuarat kedua yang dijadual 8 Februari ini, sekiranya tiga pemimpin CUEPACS tidak dibenarkan masuk, maka saya akan keluar daripada mesyuarat itu.

“Tidak adil dan tidak wajar apabila ada 19 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dalam pasukan itu, tetapi CUEPACS hanya dibenarkan menghantar satu wakil.

“Kehadiran tiga pemimpin kanan CUEPACS itu bertujuan untuk bersama-sama membangkitkan pelbagai cadangan kerana mereka juga mewakili kesatuan sekerja dan mempunyai maklum balas yang ingin disampaikan kepada pasukan petugas.

“Saya amat berharap pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam akan mempertimbangkan rayuan kami,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dimaksudkan Omar ialah Timbalan Presiden I, Aziz Muda; Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan, Jaafar Mansor.
Omar berkata, sehingga sekarang ketiga-tiga pemimpin CUEPACS itu masih belum menerima sebarang surat jemputan daripada pasukan petugas khas dan beliau amat berharap perkara itu akan disegerakan sebelum berlangsungnya mesyuarat kedua.

Selain tiga lagi wakil, CUEPACS turut mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan antaranya mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum dan menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut menyokong pendirian Omar dan berharap kerajaan akan memberi lebih ruang kepada wakil kesatuan untuk membantu melakukan penambahbaikan skim berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya percaya dengan kehadiran lebih ramai wakil kesatuan sekerja pelbagai isu yang timbul dapat diselesaikan secara bersama tanpa sebarang masalah.

“Tiga pemimpin kanan CUEPACS itu dapat membantu Omar dalam mesyuarat selain secara bersama-sama dapat membuat keputusan bagi pihak 1.2 juta kakitangan awam,” katanya.

Berita Harian / S Anand Kumar

 

ISU SBPA: 5 TUNTUTAN CUEPACS



Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi


  • Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum

  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA

  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus

  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam

    GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.Berita Harian/Oleh Fazli Abdullah  

  • 13 January 2012

    PM: Skim Saraan Baru disemak semula



    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.
      
    Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.
      
    "Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
      
    Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.
      
    Katanya semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
      
    Najib berkata semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

    Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
      
    "Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
      
    Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.
      
    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.
      
    Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
      
    Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Malaysiakini

    01 January 2012

    Buletin Teknologi Makmal Perubatan KKM Bil : 2/2012

    Kata-kata Aluan Presiden KKJMP

    Saya amat bersyukur kerana kita telah menjelmakan transformasi sejak diberi mandat dari tahun 2009-2011 dan  ini bermakna kita akan meninggalkan tahun 2011 dalam lipatan sejarah. Kita juga bersyukur kerana kita masih lagi sihat dan mampu menggalas tugasan yang diamanahkan, Insya'Allah. Mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada sejarah kerana sejarah mengajar kita tentang mengsyukuri kejayaan, sejarah mengajar kita memahami kegagalan dan sejarah menjadikan kita lebih dewasa untuk menyelesaikan masalah. Apabila mendepani masalah atau kekangan, perkara utama yang mesti dilakukan ialah menyelesaikan masalah dan bukan menyesali masalah. Pemimpin yang berkarisma akan melihat kegagalan sebagai tanda kejayaan serta melihat masalah sebagai satu peluang. Tiada kesempurnaan tanpa kepincangan dan kepincangan tidak akan wujud jika sesuatu itu dirancang dan dilaksana dengan baik.


              Kita telah lalui satu laluan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi daripada dalam dan luar sepanjang proses tuntutan untuk memantapkan profesion JTMP kearah peningkatan kerjaya dengan pengujudan skim ijazah. Sejajar dengan itu, sedar atau tidak d akita juga tekah membangkitkan individu-individu yang selama ini lena dibuai mimpi yang indah. Dan ramai yang telah celik dan tampil untuk membantu dan ada juga sering bersendiawra serta terdapat juga individu yang kerap "berkokok ibarat ayam jantan tetapi ekor bergelumang dengan tahi".  Apa pun kita anggap ia sebagai pemangkin dan cabaran untuk melaksanakan yang lebih baik saban hari. Ia juga merupakan asam garam dalam erti kata lain sebagai pemimpin kesatuan. Alhamdulillah, kita sedang menghampiri garisan penamat dalam tuntutan tersebut.


                   Kini sudah sampai masanya kita perlu bergerak lebih agresif dalam menangani pelbagai masalah kearah memantapkan profesion. Oleh yang demikian, kita seru semua untuk berganding bahu dan bersama-sama untuk mereliasasikan tuntutan yang telah digerakkan oleh Kesatuan. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".


                Akhirnya, saya berharap ianya akan menjadi harapan warga JTMP. Saya berharap cita-cita ini menjadi cita-cita serta gagasan warga JTMP semua. Jangan biarkan saya bersendiri mengharungi dengan kepayahan. Jangan biarkan saya bersendiri memasang impian. Kalau usaha kita "melambung ke langit, mari kita sama-sama jadikan bintang, jika bertaburan di udara  kita sama-sama jadikan kerlipan, jika jatuh kebumi sama-sama mencanai menjadi intan permata" .


    "ORANG BIJAK TIDAK CEPAT PUAS HATI DAN SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI"

                 Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai kanan KKM terutamanya mantan KPK dan KPK yang ada sekarang, EXCO (2009-2011) dan semua warga JTMP sama ahli atau yang masih belum ahli  yang banyak membantu dalam  usaha Kesatuan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saidang redaksi atas ketekunan dan kegigihan dalam menerbitkan buletin ini.

    "KUNCI KEJAYAAN TERLETAK PADA CARA PEMIKIRAN ANDA"

    Sekian, Terima kasih.

    Mohd Khairul Adnan Abdullah
    Presiden KKJMP

    23 December 2011

    TARIKH TERIMA OPSYEN SBPA DILANJUTKAN KE-15 JAN, OPSYEN PERSARAAN 60 TAHUN KEKAL 30 DISEMBER 2011



    PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan.

    Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Dis ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di sini.

    Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

    Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

    "Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

    Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

    Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

    Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh Cuepacs ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

    Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.

    Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.

    "Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.

    Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil Cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.

    Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil Cuepacs akan hadir untuk memberi pandangan.

    "Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, Cuepacs akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.

    "Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.

    Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

    Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki. Bernama

    22 December 2011

    Cuepacs: PM setuju tangguh pelaksanaan SBPA


    Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.
    Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.

    Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

    Sumber pautan disini

    21 December 2011

    Pelbagai penambahbaikan skim baru penjawat awam masih samar, tiada hitam putih



    BUDAYA mengugut seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya 1.4 juta kakitangan awam ‘menandatangani borang kosong’ opsyen penerimaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh dua minggu, mulai 16 Disember lalu perlu diselesaikan segera kerana ia bukan perkara mudah seperti dianggap JPA. Kekecewaan diluahkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman sehingga mahu mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini, khususnya mengenai kelemahan skim baru berkenaan seharusnya membuka mata kepada pelbagai pihak, khususnya Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Mekanisme pelaksanaan skim pemisah atau exit policy dalam SBPA bagi mereka yang menerima markah kurang daripada 70 peratus bagi tiga tahun berturut-turut selepas penilaian dibuat pegawai mereka, sekali gus boleh dibersarakan awal berbanding 50 peratus ketika Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kegagalan JPA menyediakan jadual tangga gaji SBPA untuk diteliti kakitangan awam menjadi isu pokok yang dipertikaikan CEUPACS.

    Ini belum lagi membabitkan soal kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki. Paling janggal apabila JPA tidak memanggil langsung wakil CUEPACS ketika merangka SBPA, sedangkan ia membabitkan masa depan 1.4 juta kakitangan awam.

    “Saya yakin Perdana Menteri tidak tahu wujud kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab (JPA) menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham masalah kami.

    “Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim itu sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata Omar ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM), tiga hari lalu.
    SBPA diumumkan Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada Oktober lalu bagi menggantikan SSM mulai awal tahun depan, menawarkan pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam melalui skim pencen, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

    Matlamat murni SBPA mahu mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi pada masa depan pastinya akan menempuh onak dan duri jika pada peringkat mahu dilaksanakan lagi menimbulkan pelbagai persoalan, selain mendapat bantahan kesatuan yang memayungi perkhidmatan awam.

    “Ini hanya mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar minum bersama pegawai di kantin pejabat supaya mereka dinilai dengan markah yang baik setiap tahun,” kata Omar.

    Sama ada sedar atau tidak, JPA seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang perlu ditanggung kerajaan, terutama ketika kepemimpinan negara di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sedang rancak menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

    Mahu atau tidak, perlu diakui, Parlimen Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran kerajaan amat memerlukan sokongan kakitangan kerajaan yang ketika ini menjadi 90 peratus daripada pengundi di kawasan itu. Paling menarik, 90 peratus daripada pengundi di situ adalah daripada kumpulan sokongan.

    Hakikatnya, kakitangan awam adalah penyokong kuat kerajaan dan sewajarnya suara hati mereka didengar dan diberikan perhatian. Mereka bukan meminta di luar kemampuan kerajaan, sebaliknya mengharapkan kerajaan membela hak atau sekurang-kurangnya mendengar dulu masalah mereka. Ini peluang terbaik bagi kerajaan, khususnya JPA mendengar rungutan mereka sebelum PRU-13 datang.

    Pilihan raya umum pada 1999 menyaksikan Terengganu di bawah kepemimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ‘terlepas’ daripada BN ke tangan PAS kerana ‘gelombang hijau’ begitu ketara dalam kalangan kakitangan awam. Pendekatan ‘Acu Ubah Sekali’ berjaya menguasai minda kakitangan awam yang akhirnya mengundi pembangkang, selain faktor ‘cah keting’ dalam kalangan kepemimpinan UMNO negeri ketika itu.

    Keprihatinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menghargai usaha CUEPACS mahu menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA memperlihatkan komitmen beliau yang mahu isu ini diselesaikan segera.

    “Tujuan kerajaan ialah membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi jika mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan supaya perkara itu boleh ditangani,” katanya sekali gus menggambarkan ruang perbincangan antara JPA dan CUEPACS masih terbuka luas.

    Kita berharap ‘kata dua’ Abu Bakar sebelum ini hanya penjawat awam yang mempunyai alasan munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh 31 Disember ini seperti sakit atau berada di luar negara dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama, sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan dikaji semula demi mendapatkan keadaan ‘sama-sama menang.’

    Dasar pemisah atau exit policy yang ketika ini menjadi isu utama SBPA sewajarnya diteliti semula bagi mengelakkan pandangan kononnya dasar itu sama seperti mahu dilaksanakan pembangkang, terutama DAP bagi mengurangkan jumlah kakitangan awam jika berjaya menguasai Putrajaya. Berita Harian,Oleh Azhar Abu Samah

    15 December 2011

    SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN





    KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
    Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
    “Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
    Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
    Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
    “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
    “Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
    Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
    Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
    Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
    Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
    “Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
    Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
    “Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
    Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
    Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. G Manimaran,Malaysia Insider

    30 November 2011


    JTMP Berusahalah Kearah Anjakan Paradigma

    Sebelum seseorang itu bertanya masalah, adakah dia akan tanya 4M, iaitu komplen pasal menyesal, merungut, mengumpat, atau mengeluh? Kalau seseorang itu buka saja mulut dia memang kita tahu orang itu tidak akan bahagia dunia dan akhirat. Pilihlah jangan selalu mengharapkan penghargaan atau pemberian sesuatu daripada seseorang sebab kita semua ada jatidiri bukan jati orang, berdiri dikaki sendiri bukan kaki orang. Kalau kita bermasalah jadilah ‘observer’ pada diri sendiri bukan diri orang lain.

    Orang yang stress luar dalam ini adalah orang yang dalaman dia tidak tenang, orang yang berfikir macam ini adalah hidup dalam keladak sungai kehidupan. Dia jumpa dan berkawan pun dengan orang keladak macam dia juga yang sentiada berfikiran negatif dan jumud. Dalam hidup ini buatlah solat sunat istikharah dalam menentukan hala tujuan kehidupan bukan ketika dalam membuat keputusan saja, tetapi setia hari kerana hidup kita ni tidak terlepas dalam membuat keputusan/pilihan hatta pada persimpangan lampu traffic pun kita terlibat dalam membuat keputusan/pilihan. Jadi kalau ada masalah jangan sesekali kita tuding jari pada orang, kita sendiri yang silap dalam membuat pilihan, jadi untuk menentukan kita membuat pilihan yang betul buatlah Isthikharah tiap-tipa hari. Jadi bila berdoa pada Allah baca lah doa Isthikharah iatu “ ..Jika perkara ini, seluruh kehidupanku ini ia baik untuk duniaku dan akhiratku Kau berikanlah jalan dan jikalau tidak baik untukku Kau jauhilah. Kenalilah potensi diri kita yang sebenar.

    Ada dua jenis kehidupan manusia, 1. ada orang hidup dari dalam ke luar dan 2. ada orang hidup dari luar ke dalam.

    Mlihat kpda yg pertama iaitu “Org yg hidup dari dlm ke luar”:
    Fikiran-Emosi-Tindakan-Keputusan
    Orang ini sentiasa positif dan akan respon, fikir dan pilih apa tindakan yang baik dia akan lakukan atau atasi. Contoh dalam kes ini, apaila Kesatuan cuba untuk sebaik yang  mungkin untuk mewujudkan perjawatan Ijazah untuk MLT orang yang berfikir positif akan melihat dengan pancaindranya apakah persediaan yang akan dia lakukan, terutama persediaan masa,tenaga, keluarga dan yang tidak kurang hebatnya cabaran kewangan/pembiayaan selepas ini. Dari sini mereka ini sudah merancang dan bersedia untuk sambung belajar disamping menunggu jalan yang akan direntas oleh Kesatuan MLT  Tidak ada jalan mudah dalam mencapai kejayaan, ianya penuh onak dn duri ttp stlh menuai hasilnya nanti ianya memberikan kta satu memori yg manis dn indah hsil drp perjuangan trsbut slps mengenggam segulung ijazah, prcyalh. Suatu ktka nanti, stlh brjya kenangan itu kta akn kenang sehingga akhir usia tdk prnh dilupa. Org yg bhgia fikiran positif, emosi positif, tindakan positif dan keputusan positif. Org yg brjya fokus dia adlh positif dn fokus yang menentukan matlamat halatuju seseorang. Org jenis ini dia mencari solusi / penyelesaian sprti skrg Kesatuan sdg merentas jln utk Ijazah, jd ia akn mencari peluang dn bersedia utk smbg bljr yg ada atau setidaknya bersedia ttng sbrng keputusan/perubahan akn dtg. Jdkan ia sbg batu loncatan bukan batu penghalang bg kita utk maju. . Betapa negatifnya org-org yg brjya dia tidak biarkan suasana mempengaruhi dirinya, sebaliknya ia mempengaruhi suasana iaitu bukan reaktif tetapi proaktif. Ada org buat bnda berlaku, ada org tunggu benda berlaku, jdilh sebelah kanan iaitu ilmu,yakin, bhgia, kaya, seronok dn sihat. Sebelah kiri tiada ilmu,sakit hati menyampah, geram, sakit dan miskin pilihlah yang mana, terpulanglah pada diri sendiri.Subhana’Allah.


    Mlihat kpda yg kedua iaitu “Org yg hidup dari luar kedlm”
    Fikiran-Tindakan_Keputusan-Emosi
    Org jnis ini akn berfikir secara reaktif, sentiasa susah hati,sakit,merungut,tidak sabar,menyampah,dendam,mengumpat, miskin, jumud, pupussssssss…,perjuangan khayalan,sayang duit OT,gagal, bubarkan kesatuan, kutuk pengajar/guru sendiri, akai cetekkkkk, bodohhhhhhhhhh!!, smua ini adlh kta-kta drpda org yg berfikiran negatif dn ada masalah dalam hati yang kronik. Hidupnya sntisa dgn aura negatif dn jumud. Cuba byngkn org yg mcm ini yg sentiasa berfikiran negatif msa silamnya dahulu mcm mna, msa sekolahnya,msa kolejnya dn msa remajanya srta msa kni dn msa dpnnya kemna?, adkh ianya disenangi olh guru-gurunya atau teman-temannya atau dia hnya hidup didunianya shja. Org yg bermasalah klau keluar saja kata-kata bisanya macam ular tedung, tp cba bndngkn org yg brjya dn positif apbla brckap atau apbla jari-jemarinya mengetip papn kunci sntiasa brfikr dhlu dn kata-ktnya adlh mnis dn positif srta mrngsang smngt. Org yg negatif adlh org yg berfikiran ‘stress’. Allahu’akhbar.

    28 November 2011

    Jawatan JUSA,TURUS Akan Diubah



    KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
    Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

        Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.
    Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.
    Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

    Utusan Malaysia 28/11/2011

    27 November 2011

    EGM di Batu Burok, Kuala Terengganu Bersama Kepimpinan Baru Kesatuan Kebangsaan Juruteknologi Makmal Perubatan bagi sesi 2011-2013








    Presiden Mohd Khairul Adnan Abdullah, Tim. Presiden Anuar Ali, Setiausaha Zuaidi Sirad, Pen S/Usaha Mohd Asri Yamin, Bendahari Abd Rahman Bakar, AJK : Wan Nor Azma, Hamzah, Zulraiman, Sanadi, Kasmiyusree, Nur Ruslan (tiada dalam gambar)

    Keputusan Undian bagi EGM KKJMP sesi 2011-2013


    Mohd Khairul Adnan  :475 undi
    Afni                            :196 undi
    Anuar                         :Menang tanpa bertanding
    Zuaidi                         :528 undi
    Azhari                        :140 undi
    Mohd Asri                 :442 undi
    Harun                        :145 undi
    Bainon                       :78 undi
    Abd Rahman             :Menang tanpa bertanding
    Hamzah                     :562 undi
    Zulraiman                   :549 undi
    Nur Ruslan                :556 undi
    Wan Nor Azma         :583 undi
    Sanadi                       :510 undi
    Kasmiyusree              :467 undi
    Mamfaluti                  :265 undi
    M Sharani                 :243 undi
    Hasri                         :222 undi
    Wan Nimmi               :197 undi

    21 November 2011

    SASAR TIADA PENJAWAT AWAM DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB TAHUN 2012




    SUNGAI PETANI, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan tiada lagi penjawat awam yang terlibat dengan tindakan tatatertib mulai 2012, kata presidennya Datuk Omar Osman.

    "Kita tidak mahu pada 2012 seorang pun penjawat awam kena tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita selepas Program Taklimat Isu Semasa dan Taklimat Insurans 1Kasih, Perkembangan Skim Gaji Baru (SBPA), Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) dan Permohonan Umur Persaraan 60 tahun di Dewan Mini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini pada Isnin.

    Beliau menyarankan penjawat awam supaya bersiap sedia melakukan transformasi sikap ke arah yang lebih positif selaras dengan insentif yang diberi oleh kerajaan kepada mereka menjelang 2012.

    Omar berkata penjawat awam wajar membuat perubahan daripada segi pemikiran dan sahsiah diri agar dapat mengelakkan sikap pentingkan diri sekaligus mampu memberi sumbangan kepada negara.

    "Kita harus fikirkan apa sumbangan kita kepada majikan dan negara sebab penjawat awam banyak dapat manfaat daripada kerajaan," katanya.

    Omar berkata penjawat awam perlu memainkan peranan yang besar dalam melaksanakan tugas supaya objektif untuk mencapai kecemerlangan tercapai.

    "Semua jabatan ada objektif tidak kira pada peringkat negeri mahupun persekutuan semuanya ada misi untuk cemerlang, jadi sebagai staf kita perlu mainkan peranan," katanya.

    Berkenaan dengan PROSPEK, Omar berkata ia dapat membuka peluang yang cerah kepada penjawat awam mendapat kenaikan pangkat berdasarkan kepada kriteria senioriti.

    Katanya menerusi PROSPEK, penjawat awam yang mendapat prestasi kerja cemerlang, berpengalaman dan memiliki potensi diri yang istimewa akan diutamakan dalam pemilihan kenaikan pangkat.

    "Sebelum ini hanya berdasarkan kepada peperiksaan PTK semata-mata iaitu siapa lulus aras empat akan dapat naik pangkat tetapi tidak pasti lagi dengan keupayaan bekerja. Jadi dengan PROSPEK ini kenaikan pangkat akan diambil kira dari segi senioriti, pengalaman dan sumbangan kepada majikan," katanya. Bernama
    PENJAWAT AWAM PERLU BERSEDIA HADAPI PERKARA BARU DALAM PERKHIDMATAN



    SANDAKAN, 19 Nov (Bernama) -- Penjawat awam perlu bersedia menghadapi pelaksanaan tiga perkara baru dalam perkhidmatan awam mulai tahun depan, kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

    Beliau berkata bagi tujuan tersebut mereka perlu menyiapkan diri di segi kesihatan, prestasi kerja, produktiviti dan kreativiti bagi membolehkan penjawat awam terus berdaya saing memenuhi permintaan pelanggan.

    Bercakap kepada pemberita selepas program 'Road Tour' CUEPACS di Hospital Duchess of Kent Sandakan di sini, Omar berkata perkara baru itu ialah pengenalan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), lanjutan umur bersara kepada 60 tahun dan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

    "Penambahbaikan ini memerlukan penjawat awam memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai," katanya.

    Omar berkata kira-kira 1.3 juta penjawat awam seluruh negara termasuk 140,000 di Sabah akan mendapat manfaat menerusi pelaksanaan tiga perkara baru itu.

    Katanya, menerusi penambahbaikan ini sudah pasti mereka perlu tampil lebih cekap, kreatif, produktif dan berintegriti selaras dengan peranan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.Bernama

    16 November 2011

    Synthetic blood from embryos bid

    UK scientists plan a major research project to see if synthetic human blood can be made from embryonic stem cells.
    Led by the Scottish National Blood Transfusion Service, the three year trial could provide an unlimited supply of blood for emergency transfusions.Read more here and here

     

    15 November 2011

    Kadar gaji minimum dikemuka hujung tahun
    KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka akan menerima cadangan dan syor kadar gaji minimum daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)selewat-lewatnya akhir tahun ini, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata MPGN yang ditubuhkan 15 September lalu dan diberi peranan mengkaji secara menyeluruh kadar serta liputan gaji minimum, akan membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan. Beliau memberitahu dewan, majlis itu yang berperanan bagi pihak kerajaan membuat keputusan dan bertindak dalam menjamin kebajikan pekerja di negara ini, sedang mengkaji kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan, kawasan dan wilayah. Selain itu ia juga mengkaji faktor sosial, perbelanjaan, kadar inflasi serta perbandingan struktur gaji dengan negara-negara luar, katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu perkembangan terkini perbincangan dalam MPGN.

    Sambil menegaskan majlis itu sebuah entiti bebas dianggotai 25 orang terdiri daripada penggerak utama kesatuan pekerja, wakil majikan, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO), Maznah berkata kali terakhir badan itu bermesyuarat ialah Khamis lalu.

    MPGN dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dibantu sebuah jawatankuasa teknikal perundingan telah mengadakan mesyuarat sebanyak tujuh kali, bekerjasama dengan Bank Dunia dan mengadakan sesi perundingan dengan orang awam. - BERNAMA

    06 November 2011


    ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERLU BERFIKIR DI LUAR KOTAK KEBIASAAN - KSN


    SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Penjawat awam diingatkan supaya membudayakan pemikiran di luar kotak kebiasaan dan mereka perlu mempunyai kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti dalam menyampaikan perkhidmatan.

    Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata hanya dengan cara ini, penjawat awam akan sentiasa berada di depan dalam usaha meningkatkan daya saing serta memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul.

    "Kemajuan dunia masa depan akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas Apple Steve Jobs, yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'Leonardo da Vinci' era moden.

    "Idea dan keunikan dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat kebangsaan ke-28 di sini Rabu malam.

    Sidek berkata anggota perkhidmatan awam perlu terus "berkarya" dengan inovatif dan kreatif bagi "menghadiahkan" pelanggan mereka suatu pengalaman yang menggembirakan apabila berinteraksi dengan pegawai dalam perkhidmatan awam.

    Beliau berkata penjawat awam juga perlu memberi "kejutan gembira" kepada pelanggan dengan hadiah perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap serta mudah yang berteraskan ketelusan dan integriti.

    Sidek turut mengingatkan penjawat awam agar tidak "lena diulit mimpi" dengan menganggap telah berjaya melaksanakan peranan sedia ada kerana perkhidmatan awam boleh "rebah" akibat kelalaian dan sikap berpuas hati itu.

    BERNAMA

    22 October 2011

    Mesyuarat Bersama BSKB pada 13-10.2011

    Salam untuk semua mlt.Pada hari ini 13/10/2011 mesyuarat bersama BSKB yang dihadiri oleh Patologis seluruh Semenanjung,Peg Sains,dan Union telah berbincang tentang mekanisma dan pelaksanaan skim Ijazah utk jawatan baru Pegawai Patologi Makmal Perubatan yang telah dibentangkan oleh Dr Arif. Walaubagaimanapun perlu ada penambahbaikan dalam kertas kerja tersebut dan akan dibincangkan kemudian. Doakan mudahan perjalanan dalam penambahbaikan akan berjalan lancar dan segera diluluskan.
    Zuiadi Sirad
    S/U Kesatuan JTMP