Showing posts with label kkjtmp. Show all posts
Showing posts with label kkjtmp. Show all posts

06 November 2011

CUEPACS Pertahan Nasib 50,000 Kakitangan Kontrak - Presiden


Oleh Muhammad Yusri Amin   
Presidennya, Omar Osman berkata, bagi mencapai tujuan itu tindakan proaktif akan diambil bagi memastikan setiap kakitangan terbabit terus dibela.
"Pendirian CUEPACS dalam perkara ini adalah jelas kerana kami yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.
"Seramai 50,000 kakitangan kontrak di Malaysia sekarang di mana perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun," katanya pada persidangan media di sebuah hotel di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyertai forum bertajuk Career of Laboratory Sciences Personnels pada Persidangan Kebangsaan Sains Makmal Perubatan Kali Ke-2 anjuran Persatuan Sains Makmal Perubatan Universiti Sains Malaysia (AMeLS).
Omar berharap mana-mana kakitangan kontrak yang diberhentikan melaporkan kepada CUEPACS secepat mungkin.
"Sekiranya ada kakitangan kontrak diberhentikan atau mendapat surat pemberhentian, mereka akan dipanggil semula setelah melaporkan kepada CUEPACS.
"Kini ada antara pekerja kontrak yang menerima surat dan tidak disambungkan menjelang akhir tahun ini. Di antara mereka ada yang sudah diberhentikan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja berkenaan," katanya.
CUEPACS juga mencadangkan supaya kakitangan kontrak berkenaan dikekalkan sebagai pekerja kontrak untuk selama-lamanya dan tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap.
Mengulas mengenai masalah dihadapi pembantu makmal, beliau berkata kumpulan kakitangan tersebut hendaklah diberi peluang kenaikan pangkat.
"Namun pembantu makmal di hospital tidak sama dengan Pembantu Makmal sekolah, bahkan mereka mestilah dijadikan sebagai juruteknologi," katanya.
Beliau juga mencadangkan juruteknologi makmal hendaklah diwujudkan jawatan tertinggi sehingga ke peringkat pensyarah.
Katanya, terdapat 200 kakitangan Juruteknik Makmal di seluruh Malaysia yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma.
Omar juga berkata, setiap anggota perkhidamtan awam yang akan melangkah ke alam persaraan,mestilah ada anjakan kenaikan pangkat.
Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi CUEPACS Kelantan merangkap Naib Presiden CUEPACS Malaysia, Shamsuddin Mohd Noor.

12 December 2010

UCAPAN DASAR PERASMIAN MESYUARAT LUARBIASA USUL PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA & AKAUN KESATUAN
OLEH PRESIDEN KESATUAN PADA 11HB. DIS 2010 DI KOTA BAHARU, KELANTAN.

TnHJ Noh Bin Awang Noh TP KJTP,En.Asri PSU,Hj Salim, Bendahari Kehormat, En Zulraiman, En Nur Ruslan, En Sanadi dan Hj Mustofa.Tuan2 dan Puan sekelian
Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayahNya kita dapat berkumpul bersama-sama dalam dewan pada hari ini.. Tidak lama lagi kita akan meninggalkan 2010 ia akan jadi dalam lipatan sejarah. Kita juga bersyukur kerana kita masih lagi sihat dan mampu menggalas tugasan yang diamanahkan.Kita juga bersyukur kerana semua usaha yang dirancang dari 2009 lalu dan pada tahun 2010 telah dijelmakan kepada realiti.
Mahu atau tidak kita perlu kembali kepada sejarah kerana sejarah mengajar kita tentang mensyukuri kejayaan, sejarah mengajar kita memahami kegagalan dan sejarah menjadikan kita lebih dewasa untuk menyelesaikan masalah. Apabila mendepani masalah atau kekangan perkara utama yang mesti dilakukan ialah menyelesaikan masalah bu kan menyesali masalah. Pemimpin yang berketrampilan akan melihat kegagalan sebagai tanda kejayaan dan melihat masalah sebagai satu lagi peluang. Tiada kesempurnaan tanpa kepincangan dan kepincangan tidak akan wujud jika sesuatu itu dirancang dan dilaksana dengan bijak.
Kita sering dengar suara2 sumbang yang jumud akal fikiran sering memperlekeh kesatuan, pemimpin dan kepimpinannya. Alhamdulillah setakat ini kita masih bergerak diatas landasan yang benar dan mengikut aspirasi yang telah gahrap dan dirancang.
Kronologi perjuangan yang dipaparkan itu adalah sebagai bukti bahawa exco baru ini tidak mencanangkan sesuatu yang tidak benar . Ini adalalah minit2 mesyuarat yang diadakan di peringkat KKM. Kalau ada diantara tuan2 dan puan 2 yang sangsi boleh semak apa ada dalam fail ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mrngucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Sidang Redaksi atas ketekunan dan kegigihan mereka menerbitkan bulletin yang di dalamnya terkandung banyak pengisian yang boleh dimanafaaatkan. Sesungguhnya , komitmen dan iltizam para exco yang dedikasi telah berjaya menghasilkan bulletin yang amat bermakna kepada setiap warga JTMP . Kita berasa bangga dengan pencapaian yang diperoleh setakat ini dan mencuba untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang . “Orang bijak tidak cepat puas hati dan kewujudan buletin seumpama ini akan menjadi perintis kepada lebih banyak usaha penulisan di masa akan datang; yang mana ia menjadi medium wahana dalam menyampaikan segala informasi terkini.

Insya'Allah sudah sampai masanya kita akan bergerak lebih aggresif lagi untuk memartabatkan profesion. Untuk itu tuan-tuan dan puan-puan adalah sebahagian daripada perjalanan ke arah transformasi bersama.

Akhirnya kita berharap harapan saya akan menjadi harapan tuan-tuan dan puan-puan Kita berharap cita-cita kita menjadi cita-cita tuan-tuan. Gagasan kita menjadi gagasan tuan-tuan dan puan-puan . Jangan biarkan kitai bersendirian
mengharungi dengan kepayahan. Jangan biarkan kita bersendiri memasang impian. Kalau usaha kita melambung ke langit mari kita sama-sama jadikan bintang, jika bertaburan di udara kita sama-sama jadikan kerlipan, jika jatuh ke bumi sama-sama mencanai menjadi intan.

Akhir kalam, adalah diharapkan secara kolaboratif semua ahli dan yang belum jadi ahli akan dapat merealisasikan visi dan misi . Keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan pasti akan menjamin kecemerlangan .
“Kunci kejayaan adalah terletak pada cara pemikiran anda” –Norman Vincent Peale—
Tidak lupa juga kepada pembentang kertas kerja dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran persidangan pada kali ini.
 
Diharap para peserta mendapat manfaat terbaik sepanjang persidangan dan semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada persidangan akan datang dengan ilmu dan idea baru untuk dikongsi sewajarnya.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


(KHAIRUL ADNAN BIN ABDULLAH)
PRESIDEN KESATUAN JTMP 2009-11

07 December 2010

PEMANSUHAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2010


Tujuan pekeliling ini adalah untuk menjelaskan mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

PTK telah diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi. PTK telah dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.

Dalam Pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah memutuskan supaya PTK dimansuh dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun 2011.


Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa  1 Januari 2011

Sumberdisini

29 November 2010

Skim Perkhidmatan Kumpulan Paramedik Akan Dikaji Semula - Rosnah


KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengkaji semula skim perkhidmatan kumpulan paramedik seperti pembantu pembedahan pergigian dan pembantu perawatan kesihatan, pada tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, turut dikaji ialah pewujudan insentif bagi menarik minat anggota kementerian tersebut berkhidmat dengan klinik bergerak IMalaysia, yang dijangka dilancarkan 9 Dis ini.

Bagaimanapun, penetapan gaji untuk penjawat awam yang bertugas di kementerian itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Che, yang juga anggota Parlimen Kota Kinabalu yang meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula gaji penjawat awam di kementerian itu.

Rosnah berkata pada tahun ini sahaja, lima kajian penambahbaikan skim perkhidmatan telah dipersetujui kerajaan, termasuk jawatan bidan ditawarkan ke skim perkhidmatan jururawat masyarakat dan pembantu hospital rendah ke skim perkhidmatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi).

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan bayaran insentif penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan dan bayaran insentif perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan, selain memanjangkan kemudahan perubatan kepada pegawai bukan warga negara yang dilantik secara kontrak, berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Katanya, laluan kerjaya yang lebih baik juga diperkenalkan tahun ini untuk pegawai perubatan, pergigian dan farmasi.