Buletin Teknologi Makmal Perubatan KKM Bil : 2/2012
Kata-kata Aluan Presiden KKJMP
Saya amat bersyukur kerana kita telah menjelmakan transformasi sejak diberi mandat dari tahun 2009-2011 dan ini bermakna kita akan meninggalkan tahun 2011 dalam lipatan sejarah. Kita juga bersyukur kerana kita masih lagi sihat dan mampu menggalas tugasan yang diamanahkan, Insya'Allah. Mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada sejarah kerana sejarah mengajar kita tentang mengsyukuri kejayaan, sejarah mengajar kita memahami kegagalan dan sejarah menjadikan kita lebih dewasa untuk menyelesaikan masalah. Apabila mendepani masalah atau kekangan, perkara utama yang mesti dilakukan ialah menyelesaikan masalah dan bukan menyesali masalah. Pemimpin yang berkarisma akan melihat kegagalan sebagai tanda kejayaan serta melihat masalah sebagai satu peluang. Tiada kesempurnaan tanpa kepincangan dan kepincangan tidak akan wujud jika sesuatu itu dirancang dan dilaksana dengan baik.
Kita telah lalui satu laluan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi daripada dalam dan luar sepanjang proses tuntutan untuk memantapkan profesion JTMP kearah peningkatan kerjaya dengan pengujudan skim ijazah. Sejajar dengan itu, sedar atau tidak d akita juga tekah membangkitkan individu-individu yang selama ini lena dibuai mimpi yang indah. Dan ramai yang telah celik dan tampil untuk membantu dan ada juga sering bersendiawra serta terdapat juga individu yang kerap "berkokok ibarat ayam jantan tetapi ekor bergelumang dengan tahi". Apa pun kita anggap ia sebagai pemangkin dan cabaran untuk melaksanakan yang lebih baik saban hari. Ia juga merupakan asam garam dalam erti kata lain sebagai pemimpin kesatuan. Alhamdulillah, kita sedang menghampiri garisan penamat dalam tuntutan tersebut.
Kini sudah sampai masanya kita perlu bergerak lebih agresif dalam menangani pelbagai masalah kearah memantapkan profesion. Oleh yang demikian, kita seru semua untuk berganding bahu dan bersama-sama untuk mereliasasikan tuntutan yang telah digerakkan oleh Kesatuan. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Akhirnya, saya berharap ianya akan menjadi harapan warga JTMP. Saya berharap cita-cita ini menjadi cita-cita serta gagasan warga JTMP semua. Jangan biarkan saya bersendiri mengharungi dengan kepayahan. Jangan biarkan saya bersendiri memasang impian. Kalau usaha kita "melambung ke langit, mari kita sama-sama jadikan bintang, jika bertaburan di udara kita sama-sama jadikan kerlipan, jika jatuh kebumi sama-sama mencanai menjadi intan permata" .
"ORANG BIJAK TIDAK CEPAT PUAS HATI DAN SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI"
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai kanan KKM terutamanya mantan KPK dan KPK yang ada sekarang, EXCO (2009-2011) dan semua warga JTMP sama ahli atau yang masih belum ahli yang banyak membantu dalam usaha Kesatuan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saidang redaksi atas ketekunan dan kegigihan dalam menerbitkan buletin ini.
"KUNCI KEJAYAAN TERLETAK PADA CARA PEMIKIRAN ANDA"
Sekian, Terima kasih.
Mohd Khairul Adnan Abdullah
Presiden KKJMP
Showing posts with label buletin kesatuan jtmp. Show all posts
Showing posts with label buletin kesatuan jtmp. Show all posts
01 January 2012
15 December 2011
SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. G Manimaran,Malaysia Insider
09 December 2010
Penerbitan Buletin Kesatuan KJTMP edisi sulung Bil.1/2010
Saya bagi pihak Tuan Presiden dan selaku Ketua Pengarang Buletin Kesatuan KJTMP edisi sulung Bil. 1/2010 dengan ini mengumumkan buletin telah siap dicetak dan akan diedarkan pada bila-bila masa. Pihak kesatuan memohon maaf atas kelewatan kerana masalah teknikal antaranya untuk mendapatkan permit baru dari KDN. Buletin bersaiz A4 berwarna hijau ( warna Patologi ) dengan gambar mikroskop 4 generasi melambangkan perjalanan profesion JTMP dari Pembantu Makmal , sijil, diploma dan akan datang degree.
Pihak kesatuan juga mengumumkan sedang menjemput ahli berdaftar melawati blog kesatuan yang rasmi secara berperingkat. Ahli hendaklah menggunaka akaun Google sahaja.Pihak kesatuan memilih blog kerana lebih terkawal berbanding Facebook. Hanya ahli saja yang boleh melihat kandungan. Laman sosial FB masih berfungsi secara tidak rasmi atas dasar kepopularitiannya.
Zulraiman Ismail
Subscribe to:
Posts (Atom)
