Showing posts with label jtmp mlt. Show all posts
Showing posts with label jtmp mlt. Show all posts

13 December 2011

SBPA: CUEPACS NASIHAT PENJAWAT AWAM TUNGGU KEPUTUSAN KONGRES



KOTA BAHARU, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.

"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini.

Katanya adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

Omar berkata terdapat juga rungutan mengenai tempoh menandatangani persetujuan memilih skim itu yang terlalu singkat dari 15 hingga 31 Dis ini, memandangkan ramai penjawat awam sedang bercuti pada tempoh tersebut.

Selain itu katanya, mereka juga masih tidak mendapat gambaran sebenar apa yang terkandung dalam SBPA.

Omar berkata kongres yang akan diadakan di Perlis itu juga akan membincangkan keperluan memohon kepada kerajaan agar melantik seorang senator bagi mewakili kepentingan penjawat awam. BERNAMA

06 November 2011

CUEPACS Pertahan Nasib 50,000 Kakitangan Kontrak - Presiden


Oleh Muhammad Yusri Amin   
Presidennya, Omar Osman berkata, bagi mencapai tujuan itu tindakan proaktif akan diambil bagi memastikan setiap kakitangan terbabit terus dibela.
"Pendirian CUEPACS dalam perkara ini adalah jelas kerana kami yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.
"Seramai 50,000 kakitangan kontrak di Malaysia sekarang di mana perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun," katanya pada persidangan media di sebuah hotel di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyertai forum bertajuk Career of Laboratory Sciences Personnels pada Persidangan Kebangsaan Sains Makmal Perubatan Kali Ke-2 anjuran Persatuan Sains Makmal Perubatan Universiti Sains Malaysia (AMeLS).
Omar berharap mana-mana kakitangan kontrak yang diberhentikan melaporkan kepada CUEPACS secepat mungkin.
"Sekiranya ada kakitangan kontrak diberhentikan atau mendapat surat pemberhentian, mereka akan dipanggil semula setelah melaporkan kepada CUEPACS.
"Kini ada antara pekerja kontrak yang menerima surat dan tidak disambungkan menjelang akhir tahun ini. Di antara mereka ada yang sudah diberhentikan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja berkenaan," katanya.
CUEPACS juga mencadangkan supaya kakitangan kontrak berkenaan dikekalkan sebagai pekerja kontrak untuk selama-lamanya dan tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap.
Mengulas mengenai masalah dihadapi pembantu makmal, beliau berkata kumpulan kakitangan tersebut hendaklah diberi peluang kenaikan pangkat.
"Namun pembantu makmal di hospital tidak sama dengan Pembantu Makmal sekolah, bahkan mereka mestilah dijadikan sebagai juruteknologi," katanya.
Beliau juga mencadangkan juruteknologi makmal hendaklah diwujudkan jawatan tertinggi sehingga ke peringkat pensyarah.
Katanya, terdapat 200 kakitangan Juruteknik Makmal di seluruh Malaysia yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma.
Omar juga berkata, setiap anggota perkhidamtan awam yang akan melangkah ke alam persaraan,mestilah ada anjakan kenaikan pangkat.
Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi CUEPACS Kelantan merangkap Naib Presiden CUEPACS Malaysia, Shamsuddin Mohd Noor.

31 October 2011

CME : SKIM BERSEPADU JTMP,PEG.SAINS DAN PEN.PEG.SAINS OLEH DR MUKARRAMAH CHE AYUB,PAKAR PERUNDING KANAN PATOLOGI HRPZ2,KB 30-10-2011.





Untuk muaturun file berkenaan sila klik disini atau disini

22 September 2011

Mesyuarat Dwitahunan Kesatuan Kebangsaan JTMP

Mesyuarat Dwitahunan Kesatuan Kebangsaan JTMP akan diadakan di Terengganu bertempat di Batu Buruk Beach Resort pada 26hb.Nov 2011 Sabtu. Borang kehadiran dan pencalonan sesi 2011-2013 sedang diedarkan mengikut negeri masing-masing.