DI Bawah Undang-Undang malaysia,Akta 674, AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007 PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM1 bilion dalam pembangunan sumber manusia untuk tempoh sehingga 2010, termasuk menambahjumlah pakar perubatan dan doktor, termasuk melatih kakitangan sokongan. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Latiff Ahmad, berkata sehingga kini RM300 juta sudah disalurkan untuk tujuan itu, termasuk menambah jumlah pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran masing-masing daripada 400 orang setahun kepada 600. Ini sebahagian langkah kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengatasi masalah kekurangan pakar dan doktor di negara ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Isu Peraturan Berkaitan Makmal Perubatan di sini, semalam. Mengenai Akta Patologi 2007 yang diluluskan Parlimen tahun lalu, Dr Latiff berkata, ia dijangka berkuat kuasa tahun depan apabila semua makmal patologi diwajibkan untuk memperoleh lesen dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan bagi menyelaraskan kadar bayaran serta memudahkan pemantauan operasi dan perkhidmatan yang disediakan. Kita juga akan mewajibkan hanya doktor perubatan atau doktor gigi boleh membuka makmal patologi, manakala bagi syarikat dan perkongsian, sekurang-kurangnya seorang rakan niaga adalah doktor,” katanya. Beliau berkata, menerusi akta itu, pemilik makmal patologi individu yang gagal memperoleh lesen boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun. Bagaimanapun, katanya semua makmal patologi sedia ada diberi enam bulan bagi memenuhi semua kriteria yang termaktub dalam akta it |
Dr Latiff berkata, kementerian juga diberi kuasa untuk memasuki premis, menyiasat, menyita selain mengenakan penalti kepada mana-mana operator makmal patologi yang mengingkari peraturan yang ditetapkan. Kita juga menambah 60 pegawai penguat kuasa supaya aspek penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya. |
Berita Harian-Nasional (17.01.2008) |
24 February 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)